Usahawan atau peniaga atau orang niaga, perlu kenal jenis ENTITI perniagaan yang di daftarkan. Enterprise kah atau Sdn Bhd kah. Pemilihan jenis ENTITI perniagaan adalah bergantung kepada jenis perniagaan yang hendak di buat dan kita di peringkat mana.
Di dalam jenis entiti ENTERPRISE itu sendiri punyai 2 kategori iaitu MILIKAN TUNGGAL atau PERKONGSIAN. Sekiranya Milikan Tunggal pemilik hanya terdiri dari SAHAJA dan kalau PERKONGSIAN ianya terdiri dari LEBIH SEORANG.
Jenis ENTITI ENTERPRISE juga anda boleh memilih untuk mendaftarkan perniagaan anda dengan nama perniagaan mengikut nama seperti kad pengenalan ataupon jenis yang ada perkataan ENTERPRISE, TRADING, NIAGA, SERVICES, SOLUTIONS dan sebagainya. Jenis nama ini di panggil pendfaftaran SSM menggunakan nama TRADE.
Bagi mereka yang baru mula gunakanlah pendaftaran entiti perniagaan JENIS ENTERPRISE dengan mengunakan NAMA JENIS TRADE. Ini bagi pastikan pembinaan jenama perniagaan anda itu bermula dari peringkat awal anda memulakan perniagaan anda.